X

Kindly register in order to view this article
!

Penggembala lembu sesat di hutan ditemukan selamat

Abdullah ditemui keletihan selepas hampir sejam tersesat di hutan di Bukit Selar, Jeli pada Ahad ketika mencari lembunya yang hilang.
A
A

JELI - Seorang penggembala lembu bernasib baik kerana dapat menghubungi anaknya ketika dia tersesat di kawasan hutan di Kampung Tebing Timbah, Bukit Selar di sini pada Ahad.

Abdullah Che Kob, 74, ditemui selamat pada jam 3.15 petang selepas hampir satu jam sesat di hutan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli bergegas ke lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa keluar untuk mencari lembunya yang hilang pada waktu pagi. Pada tengah hari, dia menelefon anaknya memberitahu tersesat dalam hutan.

“Anaknya menghubungi pihak bomba untuk mencari dan mengesan ayahnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Adni berkata, pencarian dilakukan menggunakan kaedah membunyikan siren kenderaan bomba agar mangsa dapat mencari jalan keluar.

“Mangsa ditemui pada jam 3.15 petang dalam keadaan selamat, namun keletihan. Pasukan memberi minuman kepada mangsa dan membawanya keluar dengan selamat,” katanya.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat turut disertai lima anggota polis dan lima orang awam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!