Kerajaan salur RM6.1 bilion untuk Geran Khas Prihatin

Secara keseluruhan, kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM6.1 bilion menerusi GKP 1.0, 2.0, 3.0, 4.0 dan GKP Tambahan bagi meringankan beban kewangan PKS mikro termasuk penjaja, peniaga pasar malam dan lain-lain lagi.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan satu daripada pelbagai inisiatif kerajaan dalam memastikan kelangsungan perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Secara keseluruhan, kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM6.1 bilion menerusi GKP 1.0, 2.0, 3.0, 4.0 dan GKP Tambahan bagi meringankan beban kewangan PKS mikro termasuk penjaja, peniaga pasar malam dan lain-lain lagi.

Buat masa ini, kerajaan tidak merancang untuk memperkenalkan GKP 5.0 sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama susulan sidang media Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Bernama meminta maaf atas kesilapan tersebut.

PKS membentuk 98 peratus daripada entiti perniagaan di Malaysia dan menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sejak Mac 2020, kerajaan telah membelanjakan lebih RM15 bilion melibatkan 330,000 majikan dan membantu mengekalkan lebih 2.7 juta pekerjaan setakat ini.

Bagi peniaga PKS, lebih RM20 bilion dalam bentuk pinjaman mudah telah diperuntukkan melalui skim pinjaman Bank Negara Malaysia PKS dan Skim Pembiayaan Mikrokredit kerajaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: