X

Kindly register in order to view this article
!

Polis terima laporan menteri cuai tangani Covid-19

Polis mengesahkan menerima laporan cuai jenayah terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba yang dibuat di Balai Polis Pantai, pada pagi Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan cuai jenayah terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba yang dibuat di Balai Polis Pantai di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, laporan tersebut dibuat oleh tujuh Ahli Parlimen dan dua aktivis.

"Saya sahkan telah terima laporan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tujuh ahli Parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

Turut serta, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah serta dua aktivis Datin Paduka Marina Mahathir dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Difahamkan, laporan tersebut dibuat selepas hasil penelitian data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati penularan Covid-19 semakin sukar dikawal akibat kecuaian kerajaan.

Antara isu yang dibangkitkan di dalam laporan tersebut ialah proses pengesanan kontak rapat kurang efektif, kegagalan berkongsi data dengan kerajaan negeri dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak adil.

Sehubungan itu, mereka menggesa siasatan dilakukan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang menyebabkan penularan penyakit berbahaya dan Seksyen 304A atas kesalahan menyebabkan kematian kerana cuai.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!