LZS turun padang bantu Man Kidal

LZS menghulurkan sumbangan kepada Man Kidal yang kini dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan terjejas pendapatan sejak pandemik Covid-19 bermula.
LZS menghulurkan sumbangan kepada Man Kidal yang kini dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan terjejas pendapatan sejak pandemik Covid-19 bermula.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif membantu pemain gitar legenda tanah air, Abdul Rahman Mahmood atau lebih dikenali sebagai Man Kidal.

Menerusi kemaskini di Facebook pada Sabtu, LZS memaklumkan, Man Kidal dan isteri kini disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Menurut LZS, bekas pemain gitar kumpulan Search itu berusaha bertahan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 malah media turut melaporkan beliau terpaksa menjual barangan peribadi termasuk kenderaannya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Duit simpanan juga telah habis dibelanjakan selepas beliau tidak dapat bekerja selama lebih setahun sejak pandemik ini bermula.

"Berikutan itu, LZS tampil bagi menghulurkan bantuan dan mendaftarkan beliau sebagai asnaf sementara sehingga kehidupannya dapat bangkit semula," katanya.

Selain itu, LZS memaklumkan, pihaknya juga akan membantu Man Kidal dan keluarganya dari segi kewangan bulanan, sewa rumah, dan tunggakan bil utiliti.

LZS berharap bantuan berkenaan dapat memberi semangat kepada pemuzik itu dan keluarganya untuk berjuang dalam keadaan mencabar ini.

"Terima kasih kepada pengeluar zakat kerana dalam situasi sebeginilah segala bayaran zakat anda kami manfaatkan buat mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan: