Nafi Hospital Melaka hadapi masalah bekalan oksigen

Jabatan Kesihatan Negeri menafikan berlaku masalah kekurangan mesin sokongan oksigen di Hospital Melaka.
Jabatan Kesihatan Negeri menafikan berlaku masalah kekurangan mesin sokongan oksigen di Hospital Melaka.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri menafikan berlaku masalah kekurangan mesin sokongan oksigen di Hospital Melaka.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, situasi kini ialah tekanan oksigen rendah disebabkan penggunaan yang banyak dan masalah di sistem penyaluran gas oksigen.

"Ia akan mula dibaiki pada Isnin. Sebelum ini memang ada (kekurangan mesin) tetapi telah di atasi dengan mobile tong oksigen yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

"Saya akan memantau kerja-kerja pembaikan sistem 'central piping' bermula esok," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, ada pesakit ditempatkan di blok lama dan blok baharu namun masalah yang dihadapi hanya melibatkan blok baharu.

Tular di media sosial sebelum ini yang mendakwa bekalan mesin sokongan oksigen untuk kegunaan pesakit di wad kecemasan dan unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Artikel Berkaitan: