Jangan lakukan pembakaran terbuka!

Nor Hisham sedang menunjukkan peta dan perancangan pihak bomba dalam memadamkan kebakaran di kawasan perindustrian Gebeng.
Nor Hisham sedang menunjukkan peta dan perancangan pihak bomba dalam memadamkan kebakaran di kawasan perindustrian Gebeng.
A
A
A
KUANTAN - Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di musim panas bagi mengelakkan berlakunya kes kebakaran lebih besar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammed berkata, faktor cuaca yang panas kering akan mempercepatkan lagi berlakunya kebakaran sekaligus menyukarkan proses mengawal dan memadam.

“Saya minta sangat kepada orang ramai jangan memulakan aktiviti kebakaran kerana pembakaran tersebut mampu menjadi punca merebaknya api selain fakor keadaan cuaca panas dan kering yang menyebabkan mudah terbakar.

“Orang ramai juga melaporkan dengan pantas dan cepat jika berlakunya kebakaran kerana bila api telah merebak dan marak, agak susah dan kita mengambil masa untuk memadamkan kebakaran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada operasi pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut di kawasan perindustrian Gebeng.

Mengulas kebakaran terbabit, Nor Hisham berkata, usaha memadam kebakaran kita giat dilakukan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.

“Setakat ini 40 hektar daripada 101 hektar tanah gambut telah terbakar dan kini kita memfokuskan kepada tiga kaedah iaitu membina saliran dan takungan bagi mengalirkan air untuk meningkatkan paras air supaya ia sama paras dengan tanah.

Katanya, seramai 21 anggota bomba yang turut dibantu 14 anggota industri di kawasan perindustrian Gebeng membantu memadam dan mengawal kebakaran termasuk meminjam kemudahannya.

“Kita mempunyai dua jentera selain dibantu jentera dari Lynas (Corporation Ltd) dan Petronas Chemicals MTBE, kita juga mendapat bantuan pihak industri yang menyediakan dron untuk meninjau keadaan semasa kebakaran.

“Ada tiga lokasi berlaku kebakaran skala besar iaitu di sini, ladang di Muadzam Shah membabitkan hutan seluas lapan hektar dan laluan di Nenasi, Pekan,” katanya.
Artikel Berkaitan:


“Setakat ini tiga lokasi kebakaran berskala besar telah berlaku di negeri ini iaitu di kawasan perindustrian Gebeng, Muadzam Shah melibatkan kawasan ladang sebanyak 20 hekar dan juga berhampian laluan Pekan-Nenasi kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang kering,” katanya.