X

Kindly register in order to view this article
!

Penagih dadah terjun laut elak dicekup polis

Cubaan penagih dadah melarikan diri dengan menggunakan bot gagal apabila dikejar pasukan Polis Marin dalam Ops Sarang yang dilakukan di Jeti Nelayan Gertak Sanggul, Bayan Lepas pada Ahad.
A
A

BAYAN LEPAS - Seramai 29 penagih dadah ditahan polis menerusi Ops Sarang yang dilakukan di Jeti Nelayan Gertak Sanggul, di sini pada Ahad.

Serbuan dilakukan bermula jam 8 pagi itu hasil daripada aduan awam dan risikan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, ketika pasukan serbuan masuk ke kawasan jeti berkenaan, kumpulan terbabit bertindak melarikan diri dengan terjun ke dalam laut malah ada yang cuba meloloskan diri dengan menggunakan bot.

“Ketika serbuan dibuat ada sekumpulan nelayan bertindak melarikan diri menaiki sebuah bot yang dibawa oleh seorang tekong tempatan.

“Namun dengan bantuan Polis Marin kita berjaya pintas bot nelayan itu sebelum membawa mereka ke kawasan pesisiran pantai," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.

Penagih dadah yang diserbu sanggup terjun ke dalam laut bagi mengelak ditangkap dalam Ops Sarang yang dilakukan di Jeti Nelayan Gertak Sanggul, Bayan Lepas pada Ahad.
Penagih dadah yang diserbu sanggup terjun ke dalam laut bagi mengelak ditangkap dalam Ops Sarang yang dilakukan di Jeti Nelayan Gertak Sanggul, Bayan Lepas pada Ahad.

Kamarul Rizal berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 60-an dan rata-rata mereka merupakan penagih dadah tegar.

Katanya, ketika pemeriksaan dibuat polis turut menemui sejumlah dadah jenis heroin yang dipercayai untuk kegunaan mereka.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan kegiatan penagihan dadah khususnya di kawasan tertentu dapat dibanteras.

"Sehubungan itu, kita meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat atau lokasi penagihan dadah agar menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!