Lebih enam kawasan alami gangguan kutipan sisa pepejal

- Foto E-Idaman.com
- Foto E-Idaman.com
A
A
A

ALOR SETAR - Syarikat pengurusan sisa pepejal E-Idaman Sdn Bhd memaklumkan lebih enam kawasan di daerah Kuala Muda menghadapi gangguan kutipan sisa pepejal buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Syarikat E-Idaman Sdn Bhd memaklumkan, antara kawasan terlibat termasuk Taman Ria, Bukit Banyan, Bandar Mutiara, Taman Patani Jaya, Taman Keladi, Bandar Puteri Jaya dan taman-taman sekitarnya.

Menurutnya, para petugas di lapangan juga terdedah risiko jangkitan Covid-19.

"Beberapa kawasan di Kedah berada dalam Zon Merah terutama di daerah Kuala Muda, yang mana terdapatnya kes-kes positif memerlukan rawatan dan dikuarantin.

"Pihak syarikat menyediakan tong-tong sisa yang besar di taman-taman utama mengikut jadual kutipan untuk kegunaan dan alternatif bagi orang awam membuang sampah.

"Penduduk dinasihatkan mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Artikel Berkaitan: