Polis sudah ambil keterangan Nazri

Nazr i- Foto astroawani.com
Nazr i- Foto astroawani.com
A
A
A

SEMENYIH - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pihak polis telah pun merekodkan kenyataan beliau mengenai ucapan yang dikatakan berbaur perkauman yang dibuatnya di satu ceramah politik di sini, Sabtu.

Menurutnya kenyataan beliau diambil semalam.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di satu majlis di Bandar Seri Putra dekat sini malam ini, beliau mengakui bahawa perkara itu masih dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan saya disalahtafsir: Nazri

Semasa ditanya sekiranya beliau akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, beliau menjawab: “no problem”.

Ketua Polis Negara sebelum ini dilaporkan berkata, polis sedang menyiasat Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan 1948. - Bernama

Artikel Berkaitan: