Nur Shazrin gagal kekal rentak cemerlang

NUR SHAZRIN FOTO: ZIMBIO
NUR SHAZRIN FOTO: ZIMBIO
A
A
A

PELAYAR negara, Nur Shazrin Mohd Latif gagal mengekalkan permulaan cemerlang pada perlumbaan pertama apabila mengakhiri aksi kedua di kedudukan ke 25 daripada 43 pelayar dalam acara laser radial wanita Sukan Olimpik pada Ahad.

Dalam perlumbaan pertama, pelayar berusia 23 tahun itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di belakang pelayar Sepanyol, Cristina Pujol Bajo, dan Vasileia Karachaliou dari Greece dalam aksi di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima.

Namun, perlumbaan kedua, Nur Shazrin hanya mampu mengakhiri di kedudukan ke 25 dengan pusingan itu didominasi oleh pelayar Jerman Svenja Wenger, diikuti oleh wakil Croatia, Elena Vorobeva dan pelayar Norway, Line Flem Hoest di kedudukan ketiga.

Nur Shazrin masih berupaya untuk melakukan aksi lebih baik kerana akan mengharungi lapan perlumbaan lagi dan ketika ini mengumpul 28 mata daripada dua perlumbaan.

Artikel Berkaitan: