X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Zahid sahkan jalani kuarantin kendiri

Ahmad Zahid Hamidi
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas media melaporkan beliau positif Covid-19 hasil ujian saringan di Parlimen pada Jumaat.

Namun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, melalui catatan terbaharu di Facebooknya, tidak menyatakan beliau memang dijangkiti virus berkenaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, beliau berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang simptom yang tidak diingini.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan. Syukur Alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga lagi ahli Parlimen negatif Covid-19, seorang positif

"Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain. Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.

"Bagaimanapun iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. Insya-Allah,” tulis beliau dalam hantaran itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada dan dalam masa sama memohon sokongan dan doa untuk terus berjuang. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!