X

Kindly register in order to view this article
!

50 jemaah masjid derma darah

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Fateh, Zakaria Zainol (kanan) meninjau sesi menderma darah pada Program Derma Darah Al- Fateh dalam kenderaan Unit Derma Darah Bergerak HSB pada Sabtu.
A
A

JITRA - Seramai 50 jemaah Masjid Al-Fateh Tanjung Pauh, di sini, menderma darah untuk mengisi tabung darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada Sabtu.

Program Derma Darah Al- Fateh itu anjuran bersama Masjid Al-Fateh Tanjung Pauh dengan Unit Pendermaan Darah HSB.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Fateh, Zakaria Zainol berkata, sebanyak 38 pain darah dikumpulkan daripada 50 individu yang mendaftar untuk menderma darah.

Beliau berkata, program menderma darah berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan keperluan darah di hospital dapat dipenuhi.

"Difahamkan, sebanyak 1,000 pain darah diperlukan setiap minggu bagi menampung kegunaan pesakit di negeri Kedah dan Perlis, sekali gus diharapkan penganjuran program ini dapat membantu pihak hospital.

"Dihara lebih ramai penganjur dan penderma darah tampil untuk membantu Unit Pendermaan Darah berdekatan kerana proses menderma darah adalah mudah dan memerlukan hanya 30 minit serta memiliki banyak manfaatnya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Zakaria, pihak masjid berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama bersama pihak hospital bagi membantu menambah simpanan bekalan darah berkenaan.

Imamnya, Suhaimi Zakaria berkata, pihaknya berharap program seumpama itu dapat dilaksanakan pada masa hadapan kerana ia dapat menambah bekalan darah di hospital.

Orang awam boleh menghubungi Unit Pendermaan Darah HSB di talian 04-7746051 pada waktu pejabat sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ada pihak ingin menganjurkan program derma darah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!