X

Kindly register in order to view this article
!

Yahya akui silap guna lori MBJB untuk program politik

Tangkap layar gambar beliau tular di laman sosial. Gambar kiri: Yahya
A
A

JOHOR BAHRU - Timbalan Ketua UMNO Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar mengakui kesilapannya menggunakan lori Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam program pemberian bantuan keperluan asas sambil membawa bendera Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ahli MBJB Zon Bandar Baru Uda berkata, pihaknya menggunakan aset milik MBJB itu kerana pengagihan barang keperluan asas anjurannya baru-baru ini terlalu banyak.

"Kapasitinya di luar kapasiti kenderaan saya dan pasukan. Jadi, saya meminta MBJB membantu membawa barangan tersebut. Jika baju BN saya dan lori MBJB menjadi isu, saya minta maaf sangat.

"Insya-ALLAH saya akan perbetulkan selepas ini," katanya menerusi hantaran terbaru di Facebook miliknya.

Pada Sabtu tular dalam media sosial beberapa keping gambar menunjukkan Timbalan UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar menggunakan lori MBJB untuk menyampaikan bantuan barangan keperluan harian di bandar raya ini dengan turut memaparkan bendera Barisan Nasional (BN).

Sebelum itu perkara tersebut dibangkitkan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO itu menggunakan aset milik MBJB untuk program anjuran BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat itu memberitahu, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu oleh kakitangan MBJB sendiri yang berasa kurang senang dengan Insiden berkenaan.

Mengulas lanjut, Yahya berharap perkara itu tidak dipanjangkan kerana usaha membantu rakyat yang berdepan kesukaran ketika inilebih utama.

"Tetapi apa yang penting pada waktu ini, rakyat terima bantuan dengan kadar segera. Rakyat sedang penat dan kelaparan.

"Kita tak boleh lambat menyalurkan bantuan. Harap perkara ini tidak berpanjangan kerana langsung tidak menguntungkan rakyat," katanya.

Beliau yang juga bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin pada Pilihan Raya Umum ke-14 meminta semua pihak berganding bagu untuk terus bantu rakyat Parlimen Johor Bahru supaya tiada yang tersisih.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!