Pantau kes kluster baharu: Rahmad

Rahmad
Rahmad
A
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Jabatan Kesihatan Melaka sedang memantau kes positif Covid-19 yang akan mencetuskan beberapa kluster baharu di negeri ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, pemantauan itu penting sebagai persiapan berdepan jangkaan kira-kira 66 kluster baharu termasuk melakukan saringan dan menutup operasi kilang.

Bagaimanapun menurutnya, angka itu hanya jangkaan awal membabitkan kesemua daerah dan kebarangkalian kewujudan kluster baharu itu boleh berlaku atau sebaliknya.

"Boleh jadi kluster baharu itu wujud dan mungkin juga tidak berlaku tetapi apabila kes mendadak lebih 20 akan diisytiharkan kluster baharu.

"Sebab itu pentingnya persediaan awal dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau bagi memastikan kluster itu tidak berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada akhbar ketika sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di Bayou Convention Centre (Bayou Lagoon, Bukit Katil di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, kluster tempat kerja Industri Lot 11 Tangga Batu yang bermula sejak 13 Julai lalu menyumbang kepada pertambahan kes positif Covid-19 iaitu sebanyak 312 kes daripada keseluruhan 631 kes harian pada Sabtu.

Menurutnya, sejak bermula kluster itu seramai 467 kes positif telah dilaporkan dan daripada jumlah itu 458 orang merupakan pekerja asing iaitu 98.1 peratus dan selebihnya pekerja tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Kilang elektronik itu sudah diarahkan tutup selama 14 hari bermula Jumaat lalu namun kita dapati penularan kes Covid-19 berlaku walaupun kilang ini mengurangkan tenaga kerja 60 peratus," katanya.