X

Kindly register in order to view this article
!

Pas tak bayar apa-apa: Takiyuddin

Pas
A
A

KUALA LUMPUR - Penyelesaian luar mahkamah kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown tidak melibatkan sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan perintah persetujuan yang direkodkan telah menyatakan tiga perkara iaitu pihak yang menuntut tidak meneruskan tuntutannya, pihak defendan tidak meneruskan tuntutan balasnya dan tiada perintah mengenai kos-kos.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar cabar kepimpinan Pas

"Berdasarkan kepada perintah persetujuan itu, maka selain daripada kedua-dua pihak bersetuju tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing-masing, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Pas susulan desakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti itu memberi penjelasan sama ada penyelesaian kes mahkamah di antara Abdul Hadi dan Clare melibatkan bayaran lebih RM1 juta.

Menurut Takiyuddin, Abdul Hadi sebagai pihak yang menuntut tidak membayar apa-apa bayaran ataupun kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar mahkamah.

"Perlu dijelaskan juga bahawa Pas tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana Pas bukanlah satu pihak dalam tindakan ini," katanya.

Katanya, kenyataan Anwar tersebut adalah langkah terdesak bagi mengalihkan pandangan rakyat daripada isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti PH terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.