Ronaldo akan terus beraksi bersama Juventus

Cristiano Ronaldo.- Foto Mattia Ozbot/Soccrates
Cristiano Ronaldo.- Foto Mattia Ozbot/Soccrates
A
A
A

NAIB Presiden Juventus, Pavel Nedved menegaskan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo akan terus beraksi bersama kelab berkenaan bagi mengharungi saingan Serie A, musim ini.

Malah menurut Nedved, kontrak pemain berusia 36 tahun itu sudah memasuki tahun akhir bersama skuad gergasi Turin itu.

“Kita tidak nafikan banyak spekulasi kendengaran berhubung pemain ini (Ronaldo) bakal meninggalkan pasukan ini.

“Cuma, ia tidak benar kerana dia masih ada kontrak dengan Juventus dan dia dijangka akan kembali ke Turin minggu depan itu setelah menamatkan percutian musim panasnya.

“Kami telah menghubunginya dia menyatakan akan kembali dan terus beraksi bersama Juventus,” katanya.

Nedved
Nedved

Untuk rekod Ronaldo menyertai Juventus setelah berpindah dari Real Madrid pada 2018 dan selama di Turin, dia telah menjaringkan 81 gol daripada 97 penampilannya dalam saingan Serie A.

Musim ini, Ronaldo turut membuktikan kehebatannya apabila muncul selaku penjaring terbanyak Serie A dengan 29 gol daripada 33 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Nedved enggan mengulas lanjut mengenai nasbi Paulo Dybala dan pemain pertahanan Giorgio Chiellini.

Katanya, setakat ini Dybala serta Chiellini sedang menghabiskan percutian musim panas masing-masing.

“Ejen Dybala akan tiba di Turin dalam tempoh beberapa hari dan semuanya akan diuruskan nanti.

“Bagi Chiellini yang telah tamat kontraknya pada awal Julai lalu, kita akan adakan perbincangan lanjut sekembalinya dia daripada percutian,” katanya.