Perenang Ahmed Hafnaoui menangi emas pertama Tunisia

Ahmed Hafnaoui.- Foto Reuters
Ahmed Hafnaoui.- Foto Reuters
A
A
A

[DIKEMAS KINI] TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang boleh diibaratkan kepada remaja 18 tahun dari Tunisia, Ahmed Hafnaoui pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

Ahmed Hafnaoui yang tidak diberikan harapan selepas mencatatkan masa kurang memberangsangkan 3:45.68, ternyata mempamerkan aksi bertenaga pada 50 meter terakhir bagi menjelmakan kilauan emas pertama untuk negaranya.

Pada aksi 400 meter gaya bebas lelaki, Ahmed Hafnaoui berjaya menyisihkan saingan pencabar dari Australia, Jack McLoughlin (3:43.52) dan Kieran Smith dari Amerika Syarikat (3:43.94) dengan catatan masa 3:43.36.

"Saya mempercayainya ketika menyentuh dinding ... Sejujurnya saya sangat terkejut saya tidak mempercayainya.

"Saya mendedikasikan pingat emas ini untuk keluarga saya, ibu, ayah, saudara perempuan saya, saya berharap mereka berbangga dengan saya," kata Ahmed Hafnaoui.

Artikel Berkaitan: