Debut cemerlang Depay

Depay
Depay
A
A
A

PENYERANG baharu Barcelona, Memphis Depay pantas mencipta impak apabila menjaringkan gol dalam aksi debutnya ketika kemenangan 3-1 kelab Catalan itu keatas Girona pada awal pagi Ahad.

Menurutnya, gol tersebu menaikkan semangatnya dan tekad memberikan yang terbaik kepada pasukan selain tidak sabar untuk beraksi di Camp Nou.

"Saya sangat gembira untuk bermain dalam jersi Barcelona. Ia satu perkara cukup bagus selain dengan kehadiran penyokong di stadium. Mereka (penyokong) sangat bersemangat dan memberikan banyak tenaga kepada kami.

"Saya akan bekerja keras untuk menghadirkan perkara terbaik kepada semua penyokong. Sungguh luar biasa untuk melakukan debat di Stadium Johan Cruyff tapi saya yakin akan lebih baik di Camp Nou," katanya.

Depay yang berpindah daripada Lyon ke Barcelona secara pecuma memulakan debut bersama pasukan itu selepas menggantikan Ray Manaj pada minit ke-42.

Kedudukan ketika itu Barcelona sedang berada di hadapan hasil jaringan penalti Gerard Pique serta ledakan Manaj sebelum Depay memastikan kemenangan kelab Catalan itu menerusi penalti pada minit ke-85.

Dalam pada itu, pengendali Barcelona, Ronald Koeman berpuas hati dengan kemenangan tersebut selain turut memuji persembahan yang dipamerkan Depay.

"Saya rasa Depay bermain dengan baik kerana dia seorang pemain berkualiti dan menunjukkan kemampuannya itu. Dia seorang pemain yang penting buat kami dalam usaha memastikan kami mampu bersaing musim depan.

Artikel Berkaitan:

"Dalam perlawanan hari ini juga kami lebih baik daripada perlawanan sebelum ini. Girona merupakan pasukan yang bagus dan ia satu perlawanan yang bagus.

"Saya gembira dapat memastikan lebih banyak minit bermain terutama kepada pemain yang baru menyertai kami. Ia sesuatu yang positif," katanya.