Olimpik: Azizulhasni ketuai kumpulan terakhir atlet ke Tokyo

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (tengah) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini pada Majlis Flag Off Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Turut kelihatan pelumba Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jurulatih John Beasley (kanan). - Foto Bernama

A
A
A

SEPANG - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengetuai kumpulan terakhir kontinjen Malaysia terdiri daripada atlet sukan berbasikal trek, terjun dan olahraga yang berlepas ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pagi ini.

Seramai 10 individu, termasuk lima atlet dijadual berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH070 pada jam 9.50 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.05 petang (waktu Malaysia 5.05 petang).

Selain Mohd Azizulhasni, empat lagi atlet adalah rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, penerjun wanita Cheong Jun Hoong serta Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias masing-masing mewakili sukan olahraga.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo menaiki pesawat sama bagi memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di bumi Tokyo.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebelum itu tiba di KLIA bagi memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara.

Beliau turut mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (tiga dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang ketika meraikan pelepasan kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama

Skuad pelayaran negara menjadi kumpulan kontinjen Malaysia pertama berlepas ke Tokyo awal bulan ini sebelum kumpulan kedua terdiri daripada skuad badminton, gimnastik, akuatik (renang, terjun), memanah dan menembak yang berangkat pada 17 Julai lepas.

Artikel Berkaitan:

Malaysia pada Olimpik kali ini diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan, dengan sasaran ditetapkan untuk merangkul tiga pingat termasuk sebutir emas.

Pada edisi Rio 2016, Malaysia yang diwakili 32 atlet, membawa pulang empat pingat perak dan sebutir gangsa, yang merupakan pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik. - Bernama

TAG: Sukan Olimpik, Tokyo, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican