Calon PH lancar lima agenda untuk Semenyih

Calon PH, Muhammad Aiman Zanali bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari melancarkan Agenda Aiman4Semenyih di Pangsapuri Bandar Rincing, di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Calon PH, Muhammad Aiman Zanali bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari melancarkan Agenda Aiman4Semenyih di Pangsapuri Bandar Rincing, di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - [DIKEMASKINI] Calon PH, Muhammad Aiman Zainali melancarkan lima agenda untuk penduduk Semenyih yang akan dilaksanakan selepas beliau memenangi PRK DUN Semenyih.

Menurutnya, lima tekad itu adalah manifestasi buat anak muda sepertinya berusaha membangunkan Semenyih.

Tambah beliau, dengan hubungan baik bersama kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, jurutera muda itu yakin lima tekad tersebut dapat direalisasikan.

Muhammad Aiman
Muhammad Aiman

“Hari ini, saya melancarkan lima tekad saya untuk membantu Semenyih. Sebagai anak muda, kita nak bantu Semenyih.

“Selepas menang, berdasarkan hubungan dengan kerajaan negeri di bawah PH, insyaALLAH kita akan dapat laksanakan agenda tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Agenda Aiman4Semenyih di Pangsapuri Bandar Rinching malam ini.

Amirudin
Amirudin

Artikel Berkaitan:

Menurut Muhammad Aiman, lima agenda itu adalah, pertama, Semenyih Lestari iaitu memelihara dan memulihara ekosistem Semenyih sebagai kawasan hutan simpan dan meningkatkan potensi pelancongan Selangor.

Tambah beliau, agenda kedua ialah Semenyih Selamat iaitu memastikan keselamatan kampung dan taman perumahan supaya kadar jenayah tempatan dapat diturunkan.

“Ketiga, Semenyih Maju iaitu memastikan pembangunan ekonomi di Semenyih. Keempat, Semenyih sihat iaitu menaik taraf klinik kesihatan dan mewujudkan Smart Semenyih Mobile Clinic.

“Kelima, Semenyih Terhubung iaitu meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas Smart Selangor dan menaik taraf terminal bas, teksi di Semenyih,” ujarnya.