Kuala Lumpur City, Selangor buntu di Cheras

Antara aksi menarik pertemuan Kuala Lumpur City, Selangor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi. FOTO: KUALA LUMPUR CITY FC
Antara aksi menarik pertemuan Kuala Lumpur City, Selangor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi. FOTO: KUALA LUMPUR CITY FC
A
A
A
KUALA Lumpur City FC dan Selangor FC buntu untuk membuktikan kelab mana layak bergelar Raja Lembah Klang apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi.

Anak buah Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak yang tampil dengan status bukan pilihan bagaimanapun terlebih dahulu mendahului pelawat hasil jaringan sepakan percuma Paulo Josue yang menewaskan penjaga gawang The Red Giant, Khairul Azhan Khalid pada minit ke-38.

Tersentak dengan jaringan itu, The Red Giants kendalian Karsten Neitzel kembali memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Oliver Buff pada minit ke-43.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua gagal meleraikan status Derbi Lembah Klang musim ini selepas melakar keputusan seri dalam dua perlawanan terdahulu iaitu pada aksi pra musim dan aksi pusingan pertama sebelum ini.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Terengganu FC (TFC) kendalian Nafuzi Zain berpesta gol di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak apabila membelasah Perak 5-0.
Artikel Berkaitan:


Gol skuad Penyu dijaringkan Faisal Halim pada minit ke-19, David Da Silva (23'), Hakimi Abdullah (70'), Nik Akif Syahiran Nik Mat (94') dan jaringan sendiri pemain pertahanan pelawat, Charles Machell pada minit ke-41.

Di PETALING JAYA pula, PJ City FC mengekalkan momentum kemenangan kali kedua ke atas Sabah FC apabila jaringan penghujung perlawanan

Sunil Chandran memberikan tiga mata berharga buat skuad kendalian P Maniam yang sebelum ini melakar keputusan sama di Likas pada pusingan pertama.