Dulu gangsa, kini emas

Panipak Wongpattanakit FOTO: AFP
Panipak Wongpattanakit FOTO: AFP
A
A
A

ATLET taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo pada Sabtu.

Ranking nombor satu dunia berusia 23 tahun itu menewaskan atlet Sepanyol, Adriana Cerezo Iglesias dalam kategori -49 kg wanita di Makuhari Messe Hall di Chiba, Jepun.

Panipak, pernah meraih emas dalam Kejohanan Dunia 2015, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Sukan Asia 2018 selain merangkul pingat gangsa di Rio 2016.

Thailand sebelum ini hanya memenangi emas Olimpik dalam dua acara - angkat berat dan tinju.

Namun, tahun ini, atlet angkat berat Thailand dilarang menyertai Olimpik Tokyo kerana isu doping.

Thailand kali ini menyasarkan tiga pingat emas dan menghantar 42 atlet untuk 16 acara.

Pada Rio 2016, Thailand memenangi dua pingat emas. - Bernama

Artikel Berkaitan: