KPM dalam fasa akhir teliti dasar pertukaran guru: Radzi Jidin

Foto Facebook Dr Radzi Jidin
Foto Facebook Dr Radzi Jidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam fasa akhir meneliti pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung dasar pertukaran guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya sedar isu permohonan pertukaran guru telah berlarutan bertahun lamanya.

“Dari pagi tadi saya meneliti dokumen dan juga berbincang berkaitan hal pertukaran guru ini. Insya-ALLAH, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Beliau berkata, perkara yang penting dalam menimbang permohonan pertukaran guru adalah memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

"Ini bermaksud kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: