Ugut bunuh isteri, suami muda ditahan

Lokasi mangsa diugut.
Lokasi mangsa diugut.
A
A
A

KULIM - Gara-gara ugut membunuh isteri, seorang lelaki dicekup polis di Taman Mahsuri petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian jam 7 pagi, berlaku salah faham di antara kedua-dua pasangan ini di kediaman mereka.

Menurutnya, lelaki berusia 31 tahun mengugut untuk membunuh mangsa yang berusia 58 tahun.

"Selain itu suspek turut membaling telefon bimbit jenis Nokia milik wanita itu hingga rosak.

"Akibat tidak puas hati dengan sikap suspek, mangsa membuat laporan polis ," katanya.

Susulan itu katanya, suspek ditahan pada jam 1.30 petang di tepi jalan taman berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk tindakan lanjut.

"Hasil siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja mempunyai enam rekod lampau dengan dua daripadanya kes berkait dadah," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: