Kelantan 'mandi peluh' kalahkan Skuad Projek FAM-MSN

Pemain Kelantan (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Skuad Projek FAM-MSN pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Pemain Kelantan (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Skuad Projek FAM-MSN pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan FC 'mandi peluh' sebelum berjaya menumbangkan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Sabtu.

Turun dengan misi meraih mata penuh, tuan rumah bagaimanapun 'dirantai' rapi oleh Skuad Projek FAM-MSN apabila berjaya mematahkan setiap serangan dilakukan oleh barisan pemain The Red Warriors (TRW).

Menuju minit-minit akhir perlawanan, Skuad Projek FAM-MSN hampir mengejutkan tuan rumah namun peluang terbaik membuka tirai jaringan itu berjaya dipatahkan oleh Mohamad Faridzuean Kamarudin di gawang gol TRW.

Tamat separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan tanpa jaringan.

Babak kedua, Kelantan FC yang 'terkial-kial' mencari rentak dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat pada minit ke-54.

Gol itu berpunca dari satu hantaran lambung jarak jauh yang singgah tepat ke kaki Azhad Harraz Arman dan dengan tenang anak muda itu melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Mohamad Faridzuean Kamarudin digawang Kelantan FC pada minit ke-54.

Selang 14 minit kemudian, pelawat terlepas peluang menambah jaringan apabila rembatan Azhad Harraz melepasi gawang pasukan tuan rumah.

Tuan rumah cuba bangkit untuk mendapat jaringan penyamaan dan peluang terbaik dicipta menerusi Ismail Ibrahim pada minit ke-77 namun pemain itu dikesan berada dalam kedudukan 'offside' oleh pengadil perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Tonggak pertahanan import Chistos Intzidis menjadi penyelamat apabila meledak jaringan penyamaan pada minit ke-83 untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Ismail Ibrahim menjadi wira Kelantan FC apabila meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-90.