X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Peng Soon-Liu Ying tewas aksi sulung di Tokyo

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying
A
A

PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal mencatatkan kemenangan sebagaimana yang diharapkan apabila tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 18-21, 21-10, 16-21 pada acara badminton Kumpulan D Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Plaza Sukan Mushashino, pada Sabtu.

Setelah tewas set pertama 18-21 dalam tempoh 21 minit, pasangan ranking ketujuh dunia itu mempamerkan kebangkitan pada set kedua bagi mencatatkan kemenangan 21-10 dalam tempoh 15 minit bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun pada set penentuan, Peng Soon-Liu Ying dilihat banyak melakukan kesilapan bagi membenarkan pasangan ranking ke-13 dunia itu menang 21-16, dalam tempoh 25 minit.

Peng Soon dan Liu Ying bakal berdepan pasangan ranking ke-19 dunia dari Jerman, Lamsfuss Mark-Herttrich Isabel pada aksi kedua peringkat kumpulan pada Ahad.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!