X

Kindly register in order to view this article
!

Aaron-Wooi Yik peroleh kemenangan sulung

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi membanggakan dengan semangat juang yang tinggi pada Sabtu apabila mengejutkan beregu nombor tujuh dunia, Choi Solgyu-Seo Seungjae di Plaza Sukan Musashino Forest di sini.

Beregu Malaysia yang berada pada ranking kesembilan dunia mengambil masa selama 43 minit untuk menewaskan beregu Korea Selatan itu 24-22, 21-15 dalam perlawanan Kumpulan D bagi memastikan peluang untuk peringkat kalah mati tetap ada.

Juara Sukan SEA 2019 itu bermula dengan baik dan mendominasi set pertama tetapi wakil Korea Selatan itu tidak mudah mengalah dan menyamakan kedudukan pada mata 20-20, sebelum Malaysia menamatkan set pertama dengan mata 24-22.

Perlawanan kembali sengit pada permulaan set kedua tetapi Aaron-Wooi Yik berjaya mengawal permainan dan mengesahkan kemenangan 21-15 mereka antaranya akibat kesilapan beregu Korea Selatan itu yang pernah tewas tiga kali dengan beregu negara dalam pertemuan sebelum ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D, beregu nombor dua dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan mudah mengalahkan wakil Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura 21-12, 21-11 dalam masa 25 minit.

Aaron-Wooi Yik bakal berhadapan tugas berat menentang beregu Indonesia tu Isnin ini sebelum menamatkan perlawanan peringkat kumpulan bertemu wakil Kanada itu sehari kemudian.

Hanya dua beregu teratas dalam kumpulan akan mara ke suku akhir. - Bernama

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!