PKPD di sembilan lokaliti di empat negeri

Sebanyak sembilan lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah akan dikenakan PKPD mulai 26 Julai hingga 8 Ogos.
Sebanyak sembilan lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah akan dikenakan PKPD mulai 26 Julai hingga 8 Ogos.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak sembilan lokaliti di Sabah, Perak, Pahang dan Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 26 Julai hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sabah melibatkan Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Tungkang, Kudat; Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu serta dua lokaliti di daerah Beaufort iaitu Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias.

Selain itu, ujar beliau, PKPD turut dikenakan di dua lokaliti di Daerah Kinta, Perak membabitkan Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg. Raia).

Tambahnya, kawasan membabitkan Blok 5 FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin, Pahang serta Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang, Kedah juga dikenakan PKPD.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berikut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Ismai Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Sabah melibatkan Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud dan empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Penjara Kepayan, Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman serta Bandaran Berjaya.

Jelasnya, kawasan tersebut ditamatkan PKPD pada 25 Julai seperti yang dijadualkan.

Artikel Berkaitan: