49 premis diarah tutup: Ismail Sabri

Ismail Sabri. - Foto Bernama
Ismail Sabri. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 49 buah premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam kerana gagal patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah pertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,868 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,168 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,905 buah kilang, 14,249 premis perniagaan, 742 tapak pembinaan dan 270 buah asrama penempatan pekerja,” menurutnya.

Artikel Berkaitan: