Usaha cari nelayan dikhuatiri jatuh laut diteruskan

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan oleh APMM dengan kerjamsama beberapa agensi lain dan bot awam
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan oleh APMM dengan kerjamsama beberapa agensi lain dan bot awam
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) meneruskan usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang melabuhkan pukat di Perairan Batu Laut di sini sekitar jam 7.30 malam Jumaat.

Timbalan Pengarah Maritim Selangor, Komander Maritim Norihan Ngah berkata, bot Penggalang 41 dikerahkan untuk membantu operasi tersebut pada jam 8.20 malam namun terpaksa dihentikan sekitar jam 11.30 malam berikutan cuaca buruk.

Menurutnya, usaha mencari mangsa, Thineswaran Kesavan,27, diteruskan pada awal pagi Sabtu dengan tambahan enam aset daripada beberapa agensi lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Operasi Carilamat hari kedua diteruskan seawal jam 7.00 pagi dengan pertambahan enam aset daripada TLDM,PPM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beberapa bot nelayan.

“Maritim Negeri Selangor juga menubuhkan Pangkalan hadapan Carilamat (PHC) di Rumah Penginapan Persekutuan Morib bagi menyelaras operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk ditemui dan pencarian diteruskan dengan memberi tumpuan di sekitar posisi terakhir mangsa sebelum terjatuh ke dalam laut.

Artikel Berkaitan: