Pelumba basikal Ecuador Richard Carapaz raih emas acara lebuh raya

Ecuador Richard Carapaz. - Foto AFP
Ecuador Richard Carapaz. - Foto AFP
A
A
A

PESERTA Ecuador Richard Carapaz merangkul emas untuk acara berbasikal lebuh raya lelaki Sukan Olimpik Tokyo di sini pada Sabtu.

Tempat kedua dimenangi Wout Van Aert dari Belgium, manakala ketiga diraih atlet Slovenia, Tadej Pogacar, lapor Xinhua.

Seramai 128 pelumba menyertai acara sejauh 234 kilometer itu yang bermula dari Taman Musashinonomori Tokyo dan berakhir di Fuji International Speedway di wilayah Shizuoka. - Bernama

Artikel Berkaitan: