44 pengamal media Kedah selesai vaksinasi

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah (kiri) berbual dengan Ketua Wartawan Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tengah) dan wartawan Sinar Harian Kedah, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor (kanan) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, pada Sabtu.

A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 44 pengamal media dari pelbagai agensi di Kedah melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, pada Sabtu.

Antaranya dari Sinar Harian,Harian Metro, Berita Harian, Astro Awani dan Bernama.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Wan Romani Wan Salin berkata, pengamal media merupakan barisan hadapan.

"Pengamal media bekerja keras dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini pandemik Covid-19 kepada orang awam," katanya ketika hadir melihat proses vaksinasi pengamal media tersebut di sini.

Hadir sama, Presiden Kelab Media Elit kedah (KMEK) Kumaran Rajamoney yang kemudian diberi penerangan oleh Komandan PPV Dr. Farhana Roslan.

Dalam kunjungan itu, Wan Romani memberi sumbangan peribadi sebagai penghargaan dan sokongan kepada petugas-petugas di pusat tersebut.

Artikel Berkaitan: