Langkah kanan Arron Chia, Soh Wooi Yik

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia -Soh Wooi Yik melakar kemenangan sulung Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menumpaskan beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22, 21-15 dalam masa 44 minit, di Mushashino Sports, Plaza petang tadi.

Biarpun berdepan tentangan sengit daripada beregu ranking kelapan dunia itu khususnya pada set pertama, namun gandingan Aaron – Wooi Yik tetap berjaya mengawal permainan bagi memenangi set pertama dalam 24 minit.

Aaron - Wooi Yik yang juga gandingan beregu kesembilan dunia terus mempamerkan aksi cemerlang pada set kedua set kedua dan memerlukan hanya 19 minit untuk menewaskan beregu Korea Selatan itu.

Kemenangan straight set Aaaron itu sekali gus mencerahkan lagi peluang gandingan beregu ranking kesembilan dunia itu untuk menempah slot ke suku akhir acara badminton kali ini.

Artikel Berkaitan: