X

Kindly register in order to view this article
!

Pasangan kekasih dicekup rempuh SJR di PKPD Gong Jering

Sepasang kekasih dicekup polis selepas bertindak merempuh SJR di lokaliti PKPD Gong Jering, Pasir Puteh pada Jumaat.
A
A

KOTA BHARU - Tindakan sepasang kekasih merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Gong Jering membawa padah apabila mereka ditahan polis pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang itu, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal jenis Honda Ex-5 telah bertindak memecut laju semasa melalui SJR pertama di lokaliti tersebut.

"Semasa melalui SJR kedua, suspek sekali lagi telah bertindak memecut laju dan kemudian telah merempuh anggota yang cuba menahan motosikal itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu

Menurutnya, lelaki berusia 18 tahun dan kekasihnya yang berusia 17 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh anggota bertugas.

Katanya, anggota yang dirempuh itu hanya mengalami kecederaan ringan di pergelangan tangan.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua menjadikan laluan tersebut sebagai jalan pintas.

"Kes disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Suspek turut disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan - Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah- Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!