Kes Covid-19 di Sarawak semakin berkurangan

Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak menurun kepada 261 pada Sabtu berbanding 461 Jumaat.
Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak menurun kepada 261 pada Sabtu berbanding 461 Jumaat.
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak menurun kepada 261 pada Sabtu berbanding 461 Jumaat, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pertambahan kes baharu pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri itu kini 73,579.

Antara daerah yang mencatatkan kes baharu paling tinggi adalah Kuching dengan 119 kes, Lundu (25) dan Pakan (23).

“Hari ini juga terdapat 302 kes yang telah pulih dan 4,253 kes masih aktif dengan dua kematian direkod," menurut kenyataan itu.

JPBN Sarawak turut memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Kanchong Baru, Gedong bermula Sabtu hingga 6 Ogos. - Bernama

Artikel Berkaitan: