X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Penduduk tak patuh SOP, kes meningkat di Sabah

A
A

KOTA KINABALU - Peningkatan kes baharu harian Covid-19 hingga 712 kes pada Sabtu berbanding 516 kes semalam menggambarkan penduduk di Sabah masih tidak mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia dapat dilihat menerusi 53.8 peratus atau 383 kes baharu hari ini yang dikesan daripada saringan kontak rapat berbanding saringan kluster sedia ada sebanyak 112 kes atau 15.7 peratus dan saringan bersasar 88 kes atau 12.4 peratus.

"Ketika ini kita (Sabah) berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi kawalan pergerakan antaranya memastikan sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemulihan.

"Jumlah (kes harian) tinggi dalam kalangan kategori kontak rapat juga merupakan petunjuk bahawa lebih ramai sudah menjadi pembawa virus ini (Covid-19) dan kemungkinan telah menjangkiti rangkaian sahabat mereka pula, ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda," katanya pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau yang juga jurucakap Covid-19 Sabah menasihatkan penduduk di negeri ini supaya mematuhi semua SOP ditetapkan dan mengurangkan perjalanan keluar rumah kecuali perlu.

Masidi berkata berdasarkan jumlah kes harian, daerah Kota Kinabalu mencatat jumlah kes harian tertinggi daripada 27 daerah di Sabah dengan 161 kes diikuti Sandakan (98), Beaufort (72), Penampang (65) dan Tawau (33). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!