Jeremiah sekadar tempat ke-19

Jeremiah
Jeremiah
A
A
A

ATLET gimnastik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi pada final acara all round (individu) di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila sekadar menamatkan saingan kelayakan pada kedudukan ke-19 hari ini.

Atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 24 tahun itu juga sekadar mengumpulkan 67.498 mata pada acara kelayakan berkenaan yang disertai seramai 22 gimnas dari seluruh dunia itu.

Pada acara kelayakan yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake hari ini, Jeremiah mencatatkan 13.100 mata dalam disiplin senaman lantai dan 12.266 (kuda berpelana), 7.700 (gelang roman) dan 12.466 (melombol).

Jeremiah kemudiannya meraih 10.200 mata bagi disiplin palan sejajar dan 11.766 mata bagi aksi palang tunggal.

Saingan kelayakan kali ini dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan yang menyaksikan kumpulan kedua dan ketiga dijadualkan beraksi pada sebelah petang dan malam pada Sabtu.

Saingan kali ini juga bakal menyaksikan hanya 24 gimnas terbaik dengan dua wakil dari setiap negara layak beraksi di final dalam acara all round individu pada Rabu nanti.

Artikel Berkaitan: