X

Kindly register in order to view this article
!

Azhar tolak usul dibawa Anwar

Azhar Azizan - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM – Usul yang cuba dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sidang Parlimen hujung bulan ini ditolak Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam suratnya kepada Anwar turut memberikan sebab tidak diterima.

Azhar berkata, notis untuk persidangan khas itu dikeluarkan pada 15 Julai manakala usul yang diserahkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu pada 12 Julai.

“Pada ketika Datuk Seri mengemukakan usul ini, pemberitahu sidang khas masih belum diedarkan yang mana ia hanya diedarkan pada Khamis, 15 Julai 2021.

“Maka, usul Datuk Seri tidak teratur kerana telah dikemukakan sebelum pemberitahu tersebut diedarkan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya proklamasi darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.

Menerusi pemberitahuan bersurat yang dikongsikan di media sosial beliau, Anwar mahu segala hal berkaitan pandemik Covid-19 termasuk program vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan.

Mengulas lanjut, Azhar turut mendapati bahawa Anwar telah merangkumkan beberapa isu yang berlainan dalam satu usul.

“Perkara ini adalah tidak bertepatan dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 33 (1) dan 46 (3).

“Saya juga berpandangan bahawa usul Datuk Seri adalah bercanggah dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” tulis Azhar dalam suratnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!