MDSB nafi 60 kes positif di Pasar Awam Sungai Besar

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Puan Ziema Rasman memuat naik status mengenai kekurangan pelanggan selepas penularan berita palsu terdapat 60 kes positif Covid-19 di Pasar Awam Sungai Besar.
Pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Puan Ziema Rasman memuat naik status mengenai kekurangan pelanggan selepas penularan berita palsu terdapat 60 kes positif Covid-19 di Pasar Awam Sungai Besar.
A
A
A

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menafikan dakwaan kononnya terdapat 60 kes positif di Pasar Awam Sungai Besar seperti yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Yang Dipertuanya, Azman Dahlan berkata, dakwaan wujudnya kluster di pasar awam itu yang positif Covid-19 adalah tidak benar.

Justeru, tegas beliau, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak sahih sehingga mengundang permasalahan, kebimbangan dan ketakutan.

"Pengunjung terutama peniaga Pasar Awam Sungai Besar diingatkan tidak berkongsi maklumat tidak sahih kerana ia boleh mewujudkan pelbagai tanggapan yang salah kepada orang awam," jelasnya.

Sebelum ini, rata-rata peniaga Pasar Awam Sungai Besar merungut berikutan hasil pendapatan mereka merudum disebabkan kekurangan pelanggan berikutan tular dakwaan terdapat kes positif Covid-19 di pasar berkenaan.

Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Puan Ziema Rasman yang juga merupakan peniaga di pasar itu memuat naik status memaklumkan kekurangan pelanggan sejak berita palsu 60 individu dilaporkan positif Covid-19 berkenaan tular di media sosial.

"Hari Sabtu tidak pernah (pasar lengang) macam ini. Di mana individu yang menularkan pasar awam ini positif Covid-19?

"Tolonglah borong sayur saya, modal pun tak lepas," katanya.

Artikel Berkaitan: