X

Kindly register in order to view this article
!

20 tokan dadah ditahan di bawah LLPK

Ayob Khan
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Polis Johor menahan 20 tokan dadah menerusi operasi khas BAGI mengesan individu di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) Langkah- langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 bermula 16 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu diambil bagi membendung pengedaran dadah.

Menurutnya, 20 tokan dadah yang ditahan itu berusia 25 hingga 45 tahun akan ditahan reman yang mengambil masa selama 60 hari bermula dari tarikh tangkapan bagi membantu siasatan.

"Seramai 670 orang sudah ditahan bermula 1 Januari hingga 22 Julai di bawah LLPK, manakala pada tahun lepas seramai 1,415 ditahan di bawah akta yang sama.

"Tangkapan berkenaan susulan siasatan yang menjurus kepada aktiviti pengedaran oleh individu yang dikenalpasti. Tempoh tahanan reman siasatan LLPK selama 60 hari.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan perintah tahanan di mana - mana pusat pemulihan akhlak selama dua tahun di bawah Seksyen 6(1) akta yang sama atau dikenakan perintah sekatan selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini pada Sabtu

Ayob Khan juga memberitahu, seramai 542 orang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi tempoh Januari sehingga kini.

Katanya, pada tahun lepas seramai 738 orang telah disabitkan di bawah akta yang sama.

"Individu disabitkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 39C akta sama.

"Seksyen ini paling berkesan untuk menangani isu dadah. Jika tidak ditahan mereka akan terus bergelumang dengan najis dadah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!