Covid-19 meningkat 15,902 kes

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 mencatatkan peningkatan pada Sabtu dengan 15,902 kes berbanding Jumaat sebanyak 15,573 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 996,393 kes.

"Sebanyak 15,876 kes melibatkan kes tempatan manakala 12,842 kes melibatkan warganegara dan 3,034 bukan warganegara.

“Sebanyak 26 kes import dicatatkan di mana ia melibatkan tujuh warganegara dan 19 bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan.

Dari segi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, ia melibatkan 9,471 kes menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 834,858 kes.

Katanya, sebanyak 950 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 468.

“Sebanyak 184 kes kematian dicatatkan pada Sabtu di mana ia melibatkan 157 warganegara dan 27 bukan warganegara.

“184 kes kematian melibatkan 87 kes di Selangor, Kedah (17), Pahang (16), Negeri Sembilan (15), Kuala Lumpur (13), Johor (10), Sabah (lapan), Melaka (tujuh), Pulau Pinang (enam), Terengganu (tiga) dan dua kes di Sarawak,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kluster yang ada adalah 3,418 kluster dan jumlah kluster aktif 975.

“Jumlah kluster baharu 27 kluster dan jumlah kluster yang tamat 2,442 kluster,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor terus merekodkan jumlah tertinggi dengan 7,351 kes diikuti Kuala Lumpur (2,406), Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631), Negeri Sembilan (625).

Katanya, Pulau Pinang merekodkan 505 kes, Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406), Terengganu (267), Sarawak (261), Putrajaya (59), Labuan (30), Perlis (tujuh).