Emas pertama Tokyo 2020 milik penembak China

Yang Qian meraikan kejayaan merangkul pingat emas dalam acara 10 meter air rifle di Lapangan Menembak Asaka, Tokyo pada Ahad. - Foto AFP
Yang Qian meraikan kejayaan merangkul pingat emas dalam acara 10 meter air rifle di Lapangan Menembak Asaka, Tokyo pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

PENEMBAK China, Yang Qian muncul pemenang pingat emas pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas memenangi acara 10 meter air rifle di Lapangan Menembak Asaka, Tokyo pada Ahad.

Bagaimanapun atlet berusia 21 tahun kelahiran Ningbo, Zhejiang, China tersebut berdepan persaingan sengit sebelum menghadiahkan pingat emas pertama berserta rekod baharu Sukan Olimpik dengan 251.8 mata.

Penembak Rusia, Anastasiia Galashina (251.1) meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Switzerland, Nina Christen (230.6).

Yang Qian (tengah) bersama Galashina (kiri) dan Nina selepas acara 10 meter air rifle di Lapangan Menembak Asaka, Tokyo pada Ahad. - Foto AFP
Yang Qian (tengah) bersama Galashina (kiri) dan Nina selepas acara 10 meter air rifle di Lapangan Menembak Asaka, Tokyo pada Ahad. - Foto AFP

Artikel Berkaitan: