RM20 juta bukan disumbang setiap tahun: Nadir

Tangkap layar Muhammad Nadir semasa sesi ‘Townhall Cinta Gaza Malaysia’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin pada Sabtu.
Tangkap layar Muhammad Nadir semasa sesi ‘Townhall Cinta Gaza Malaysia’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Duit sumbangan RM20 juta rakyat Malaysia kepada Palestin melalui badan bukan kerajaan (NGO) bukanlah diterima setiap tahun seperti yang dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menyifatkan tuduhan tersebut adalah palsu dan berniat tidak baik kepada CGM.

“Saya tidak salahkan sesiapa kerana ia berlandaskan kejahilan tentang sesuatu tempat dan ia andaian yang tidak baik.

“Kita hanya ambil tiga peratus sahaja daripada RM20 juta itupun untuk beri kepada staf yang ada di Gaza dan Malaysia untuk urusan pejabat. Takkan nak kerja secara percuma kerana kami juga perlukan makanan,” katanya dalam sesi ‘Townhall Cinta Gaza Malaysia’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin pada Sabtu.

Pada Khamis, Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Muhammad Nadir mengemukakan bagaimana duit sumbangan berjumlah RM20 juta rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin semasa sidang akhbar secara maya.

Mengulas lanjut, Muhammad Nadir berkata, duit sumbangan itu bukan hanya digunakan CGM sahaja tetapi dikumpulkan di bawah MyAqsaDefenders bersama gabungan 20 NGO dan influencer negara seperti Heliza Helmi, Fedtri Yahya, Faizal Tahir dan Mizz Nina.

Dalam sesi tersebut, beliau turut menjelaskan pecahan duit sumbangan yang akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin.

“Sebanyak 30 peratus akan guna untuk projek segera dan jangka sederhana, 30 peratus untuk pembangunan infrastruktur serta 40 peratus akan bangunkan projek mapan bagi pusingan kewangan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: