Perkhidmatan bas, van ke PPV Lanchang, Temerloh

Mohd Sharkar (tiga dari kanan), Dr Kartina (tiga dari kiri) dan Mohamed Nazim (kanan) sempena perasmian PPV Lanchang dan perkhidmatan bas untuk orang ramai.
Mohd Sharkar (tiga dari kanan), Dr Kartina (tiga dari kiri) dan Mohamed Nazim (kanan) sempena perasmian PPV Lanchang dan perkhidmatan bas untuk orang ramai.
A
A
A

TEMERLOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengambil inisiatif menyediakan dua buah bas dan sebuah van secara percuma bermula Sabtu bagi memudahkan orang ramai pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di Lanchang dan Dewan Tun Razak.

Mohd Sharkar berkata, jumlah penumpang yang ditetapkan juga berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) iaitu 24 orang untuk sebuah bas.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri memberitahu, ideanya itu juga bertujuan membantu pengusaha bas yang kini tidak boleh beroperasi selain memudahkan penduduk.

"Perkhidmatan bermula jam 8 hingga PPV ditutup dengan laluan yang akan ditetapkan.

"Saguhati diberikan kepada pemandu dan kos untuk perkhidmatan tersebut juga disediakan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar sempena perasmian PPV Lanchang pada Sabtu.

Hadir sama, Penyelaras Vaksin Daerah Temerloh, Dr Kartina Ahmad dan Pengarah Urusan Zam Holidays Sdn Bhd, Mohamed Nazim Mohamed Nasay.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar memberitahu, perkhidmatan vaksinasi dari rumah ke rumah juga akan dilaksanakan dalam tempoh secepat mungkin yang membabitkan membabitkan 100 individu," jelasnya.

Artikel Berkaitan: