Pemancing dikhuatiri lemas jatuh bot

Pihak bomba membuat pencarian di pesisir pantai dan membuka pos kawalan di lokasi.
Pihak bomba membuat pencarian di pesisir pantai dan membuka pos kawalan di lokasi.
A
A
A

BANTING - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika dalam perjalanan untuk memancing ikan di Batu Laut, Morib pada Jumaat.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.53 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba ke lokasi tujuh minit kejadian.

Menurutnya, operasi pencarian mangsa berusia 27 tahun itu masih diteruskan pada Sabtu.

"Pihak bomba membuat pencarian di pesisir pantai dan membuka pos kawalan di lokasi.

"Sebarang info terkini akan dikemas kini dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: