X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan nafi guna kad fizikal bagi individu lengkap vaksinasi

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada jam 12.45 tengah hari Sabtu.

Kerajaan menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin Covid-19 seperti yang dijual di pasaran dan tular di media sosial.

Kerajaan menjelaskan kad fizikal yang dijual itu tidak diiktiraf atau diterima sebagai bukti melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini dan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.

Setakat ini, hanya sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di pusat pemberian vaksin (PPV) boleh digunakan.

Orang ramai disaran merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!