X

Kindly register in order to view this article
!

7,986 sudah daftar PSC-19

Seramai 7,986 telah mendaftar melalui Program PSC-19 anjuran Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan di beberapa kawasan bermula sejak 5 Julai lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Jagdeeep Singh)
A
A

GEORGETOWN - Seramai 7,986 telah mendaftar melalui Program Penang Saring Covid-19 (PSC-19) anjuran Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan di beberapa kawasan bermula sejak 5 Julai lalu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeeep Singh Deo berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 6,603 saringan dijalankan dan 6,452 didapati negatif dalam saringan pertama manakala 151 disahkan positif.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut menjalankan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) terhadap mereka yang positif untuk tujuan pengesahan.

"Daripada 151 yang disahkan positif dalam saringan itu, 123 daripadanya positif dalam ujian PCR manakala 24 lagi negatif.

Bagaimanapun terdapat empat ujian PCR melibatkan saringan di Bandar Perai Jaya, Perai yang belum diperoleh.

"Kesemua individu yang positif dimasukkan ke Pusat Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 (PKRC)," katanya pada sidang akhbar ketika membuat lawatan ke Pasar dan Kompleks Makanan Paya Terubong pada Sabtu.

Katanya, jumlah saringan melibatkan sembilan lokasi yang diadakan dalam minggu pertama dan kedua sejak PSR-19.

"Minggu pertama membabitkan enam kawasan manakala empat kawasan pada minggu kedua.

Kerajaan negeri menyasarkan penyertaan 2,000 orang di enam lokasi pada minggu ini.

"Setakat ini, sebanyak 1,160 saringan telah direkodkan iaitu 548 di Stadium Bandaraya dengan14 saringan positif dan 534 saringan negatif, 612 saringan di Dewan Datuk Haji Ismail Che’ Chik, Bakau Tua, Penaga dengan 59 saringan positif dan 553 saringan negatif," katanya.

Pada 5 Julai lalu, PSC-19 yang dilancarkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Stadium Bandaraya Pulau Pinang bertujuan mengenalpasti dan mengasingkan individu pembawa Covid-19 seterusnya mengawal perebakan virus tersebut.

Objektif itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menurunkan jumlah kes Covid-19 dengan memutuskan rantaian jangkitan dalam kalangan komuniti.

Program tersebut melibatkan keseluruhan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibiayai sepenuhnya kerajaan Pulau Pinang dengan kos RM3 juta.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!