Perhilitan selamatkan anak gajah sesat, digigit anjing

Anak gajah betina ditemui tersesat telah diberikan rawatan luka dan berada dalam keadaan baik.
Anak gajah betina ditemui tersesat telah diberikan rawatan luka dan berada dalam keadaan baik.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menyelamatkan seekor anak gajah betina yang tersesat masuk ke kawasan kampung dekat Pos Poi di sini, pada Sabtu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kehadiran anak gajah dianggarkan berusia dua tahun dan berat sekitar 70 kilogram (kg) yang menyorok di bawah jambatan besi menghala ke Kampung Dala disedari oleh penduduk.

Menurutnya, anggota yang menerima maklumat pada jam 7.30 pagi segera ke lokasi dan membawa anak gajah itu ke Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput bagi tujuan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan kita dapati, terdapat kesan luka kecil pada tubuh anak gajah itu kemungkinan digigit anjing.

"Rawatan luka diberikan dan keadaannya kini adalah baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, haiwan berkenaan akan dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang untuk memastikan gajah itu selamat.

Artikel Berkaitan: