X

Kindly register in order to view this article
!

10 atlet bakal jadi tumpuan di Tokyo

Novak Djokovic
A
A

TOKYO - Berikut adalah 10 atlet yang dikatakan bakal mencuri tumpuan penonton Olimpik Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, lapor Agensi Berita Xinhua.

Olahraga: Allyson Felix (Amerika Syarikat)

Allyson,35, beraksi untuk pentas Olimpik kelima dan terakhir buat dirinya. Pelari pecut wanita Amerika untuk kategori 400m dan 4x400m ini sudah mengumpul enam pingat emas Olimpik dan tiga perak setakat ini.

Badminton: Kento Momota (Jepun)

Kento Momota, pemain nombor satu dunia ini akan membuat penampilan sulung di gelanggang Olimpik di negara kelahirannya. Berusia 26 tahun, beliau memegang 11 rekod juara perseorangan lelaki dalam satu musim pada 2019.

kento
kento

Gimnastik: Simone Biles (Amerika Syarikat)

Dengan empat pingat emas Olimpik dan satu gangsa yang diraih sebelum ini, Biles,24, berharap dapat meninggalkan legasi sebagai atlet wanita paling dominan. Beliau memburu kilauan emas dan berazam untuk mengatasi pencapaiannya di Rio yang sekadar merangkul gangsa.

Tenis: Novak Djokovic (Serbia)

Baru meraih gelaran Grand Slam ke-20, pastinya Novak Djokovic mahu terus melakar kejayaan dengan memperoleh emas Olimpik pertamanya. Pada tiga temasya yang lalu, pemain Serbia itu memenangi gangsa pada 2008. Kelibat pemain berusia 34 tahun itu pastinya mencuri tumpuan berikutan ketiadaan Roger Federer dan Rafael Nadal serta juara bertahan Andy Murray yang mengalami kecederaan.

Pingpong: Fan Zhendong (China)

Pemain rangking pertama dunia ini akan membuktikan kehebatannya di Olimpik Tokyo. Beliau menjadi harapan kontinjen China untuk pungutan pingat bagi acara perseorangan dan berpasukan lelaki.

Bola keranjang: Kevin Durant (Amerika Syarikat)

Kevin Durant, 32, akan meneruskan tradisi untuk mendapatkan satu lagi pingat emas Olimpik.Namun, tugas getir menanti memandangkan pasukan ini hanya mempunyai tiga pemain yang mempunyai pengalaman bertanding di Olimpik.

Bola Sepak: Marta (Brazil)

Aksi pemain bola sepak wanita Marta, 35, kali ini mungkin yang terakhir dan sudah tentu mahu meninggalkan kenangan manis dengan membantu pasukannya meraih emas. Penampilan pada Olimpik Musim Panas 2004 dan 2008, pemain veteran ini merangkul pingat perak.

Bola Tampar: Zhu Ting (China)

Atlet hebat ini pernah memimpin pasukan China memenangi emas Olimpik pada 2016. Antara pembawa bendera China pada upacara pembukaan Olimpik Tokyo, pemain berusia 26 tahun itu bertekad untuk mengekalkan gelarannya.

Renang: Katie Ledecky (Amerika Syarikat)

Katie Ledecky, 24, memburu pingat emas olimpik yang keenam. Atlet wanita ini memegang rekod Olimpik untuk gaya bebas 400m dan 800m selain rekod dunia gaya bebas 1500m.

Terjun: Shi Tingmao (China)

Atlet berusia 29 tahun ini memenangi pingat emas acara individu dan papan anjal tiga meter di Olimpik Rio. Shi juga dinobatkan sebagai Penerjun Wanita Terbaik tahun Ini oleh FINA, lima tahun berturut-turut dari 2015 hingga 2019. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!