Hampir 16.5 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat Jumaat

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah PICK sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.
Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah PICK sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Februari lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,264,760 atau 16.1 peratus.

"Sementara itu, 34.4 peratus atau 11,222,398 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata, 462,242 dos diberikan semalam, merangkumi 301,536 individu menerima suntikan pertama manakala 160,706 penerima dos kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan: